Thursday, January 20, 2011

Sado & Shodo .... 茶道&書道





19 Jan 2011,
2.30pm

Chayu Club Kumon,
Buyo Building, Nihon Bashi,
Chuoku, Tokyo

Seperti biasa pada hari Rabu petang, kitorang akan dibawak pergi berjalan oleh penganjur program. So semalam, kita dah experience Sado (Tea Ceremony etiquette) dan Shodo (Japanese Caligraphy)..Program ini dijalankan di tempat seperti yang dinyatakan di atas. Sila click untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.. eheheheh....

Sedikit sebanyak tentang sejarah,
Sado adalah upacara tradisi yang sudah berusia lebih 500 tahun di Jepun. Original tradisi minum teh dibawa daripada Tanah Besar China oleh Sami Buddha pada kurun ke 12th. Pada kurun ke 16th, Great Tea Master, Sen no Rikyu telah mengasaskan etika-etika upacara teh hijau atau dalam englishnye Tea Ceremony.

Teh yang digunakan dalam upacara ini bukan teh yang sembarangan. Sememangnya tak sama dengan teh yang korang beli kat supermarket macam teh hijau jenama Yeos, Season, Pokka, Justea dan sewaktu dengannya.... ehehehehe

Teh yang digunakan dalam upacara ini adalah daripada jenis 'Matcha' di mana teh ini dalam bentuk serbuk(macam milo,horlicks,vico dsbgnya)... Org China telah mengeluarkan teh jenis ini terlebih dahulu tetapi apabila menghampiri kurun ke 12th mereka dah kurang mengeluarkan teh serbuk. Mereka just focus kepada production daun teh kering dan roasted. Mungkin proses penghasilan 'Matcha' yang sgt susah menyebabkan org China kurang berminat untuk menghasilkannya lagi. Selepas kurun ke 12th hanya Jepun sahaja yang mengeluarkan teh jenis ini sampailah sekarang.

Difahamkan 'matcha' ini dihasilkan bermula beberapa minggu sebelum daunnya boleh dituai. Antara prosesnya adalah cover daun daripada panas matahari!!. Selepas tu, hanya daun yang terbaik akan dituai dengan menggunakan tangan manusia. Lepas dituai ianya akan digulung untuk dikeringkan di bawah bumbung dan apabila kering ditumbuk untuk menhasilkan serbuk. Setiap teknik pemprosesan adalah untuk menjamin kualiti teh yang akan diminum.. Ahli-ahli science mmg dah proofkan bahawa setiap teknik menghasilkan 'matcha' ni sememangnya meningkatkan kandungan amino acids dalam teh dan menjadikan teh lebih manis dan sedap...

Prinsip Basic dalam Tea Ceremony ada Empat;

i)Wa-Harmony
ii)Kei-Respect
iii)Sei-Purity
iv)Jaku-Tranquility

Layan la gambar supaya lebih faham secara praktikal... tetiba...

Akak ni lah yang menerangkan dari A to Z fakta-fakta yang disebutkan di atas.. Dan dia jugak yang menerangkan segala adab-adab dan seribu makna tentang segala artifak dalam bilik ini, termasuk la motif kayu buluh, tikar, teko baring, daun, bunga merah, caligraphy yang ditulis, dahan yang disimpul bulat dan kaitannya dengan 4 prinsip yang disebutkan tadi....
Lupa nak tanya apa nama akak ni,,, sorryyyy!!!


Sememangnya upacara teh, cara duduk sama macam duduk antara dua tahiyat dalam semayang. Untuk org yang tak tahan duduk lama macam tu, diizinkan untuk duduk bersila, sebab diorang taknak Tea Ceremony menjadi pengalaman yang menderitakan. ehehehehe...


Adab minum teh bermula daripada adab masuk dalam bilik upacara. Kena menghayati setiap apa yang dipamerkan dalam bilik tersebut. Berbalik kepada 4 prinsip yang dinyatakan tadi. Tunduk takyah kirelah.. mmg banyak kali kena tunduk.. eheheh


Ni tempat jerang air... dalam lantai....




Antara state of the art yang ditunjukkan oleh tuan rumah yang perlu guest hayati dan fahami...


Since I'm the youngest, considered the least honoured guest la kononnya, kena jadik assistant kepada Pembuat teh.. Baiklah..


Baiklah Puan Pembuat Teh..


Antara adab, kena minum sampai habis sebelum letak bowl atas lantai,, takleh letak selagi tak habis. Pastu bila hirupan yang last kena buat the most Elegant slurping sound. That is what Aini is trying to do....


Menghayati tea bowl adalah salah satu adab, setiap bowl yang dihidangkan kepada setiap org adalah berbeza. The most honoured guest akan dapat bowl yang paling antic dan precious.. Sebab bowls yang digunakan mungkin ada significant values kepada tuan rumah.


Shodo Pulak.....
Sama Macam Sado, seni caligraphy bermula dari China sejak 4000tahun lalu... Diperkenalkan di Jepun pada kurun ke 5th dan pada kurun ke 9th org Jepun dah menghasilkan Kana iaitu Japanese original characters yang diekstrak daripada gaya penulisan Kanji(chinese character).

Seperti yang kita dah tahu ada tiga jenis tulisan, Hiragana, Katakana & Kanji... Biasanya org kebanyakan boleh menulis dan membaca sehingga 2000 kanji characters...

Baiklah layan je gambar2 ni..

Ni gambar kitorang dengan hasil kanji masing2... Tulisan yang kitorang hasilkan dicertifykan oleh sensei baju merah niii....
beliau adalah sensei caligraphy kitorang tadi.. berpengalaman selama 40 tahun dalam japanese caligraphy, mmg pengkaji caligraphy tegar.
Dekat universiti pun belajar dan mengkaji pasal kanji....
Akak yg berkimono biru tu adalah facilitator yg turut jugak mebantu...

Ni adalah hasil tulisan Sensei Caligraphy dan dijadikan cenderamata kepada kitorang semua... Semuanya ada cop mohor warna merah...

Percaya atau tidak coretan di atas kertas ini adalah sebuah sajak???? Yes.. mmg sajak... sajak yang berusia beratus tahun antara karya sastera agung pada zaman dahulu...

Ni Pun karya sensei, mmg caligraphy mmg ada macam2 cara penulisan ada dengan ink tebal, ink nipis, berus tebal berus nipis.. setiap penulisan menggambarkan mood penulisan sang penulisnya pada masa beliau menulis...

amik mood yang terbaik untuk menghasilkan yang terbaik...


Gembira mendapat pengiktirafan...


Sebelum menulis kena pakai apron tu elak ink terpercik, kalo kena baju mmg takleh nak hilang ye ink tu..


Org Jepun pun ada adab basuh kaki sebelum naik ke rumah macam org Melayu...
Teringat pepatah 'Bagai Melepaskan Batok di Tangga'..


Tak kenal maka tak cinta... mmg kedatangan kitorang ke sini mmg banyak banyak memberi pengetahuan tentang sejarah upacara meminum teh dan perkembangan sastera dan penulisan Jepun yang dah berusia beratus tahun....

Waktu on the way datang dan balik, kitorang sempat amik beberapa gambar di sekitar Tokyo.. Shopping Complex Daimaru

Takashimaya.. First time jumpa Takashimaya kat Singapore, rupanya Departmental Store Jepun...

Seperti Biasa Kawamura san akan sentiasa bersama...Coordinator program yg bertanggungjawab dan berdedikasi...

Saje je nak share, dalam on the way balik ke AOTS, bejalan ke arah train station, aku ajak la aini dan semua makan Street food yang aku dan aini suka makan iaitu Taiyaki(rasa macam apam balik tapi inti kacang merah).. Happen to be ajak la Kawamura san ni sekali.. tgk dialog..Conversation sebenarnye dah ditranslate ke bahasa melayu..waktu perbualan adalah pukul 5.10pm....

Ehsan: Kawamura san, nak makan sekali tak????

Kawamura san: Saya takleh makan, sekarang maseh waktu bekerja. Waktu bekerja saya habis pukul 6.30...

Ehsan: Eh yeke??? Ala, takpe, makan je sedap ni...

Kawamura san: Ala, nanti ada org nampak, susah,,,,

Ehsan: Takde org nampak... its ok....

Kawamura san: Ok.. Baiklahh, Jangan bagi tahu sapa2!!.. (sambil tgk kiri dan kanan takut ada org yg dikenali terutamanya rakan seofis)...

hehehehe.. lucu pulak tgk Kawamura san ni... Mmg sgt dedicated ye... berjaya aku pujuk die makan sekali taiyaki yg sedap ni...gambar taiyaki ni takde... nanti tunjuk.....

Baiklah... dah cukup panjang dah ni... jam pun dah pukul 12.10am 21 Jan 2011.. waktu tidur sudah.....

Anyway... Enjoy reading!!!!!!!!!!!! Ja Mata

5 comments:

em7nem said...
This comment has been removed by the author.
em7nem said...

esan..pasni waktu keje xley mkn tau!!
hahaha..

Anonymous said...

ilasan: haha...btoi2...jgn mkn time keje....xcited sgt tgok caligraphy dirg...ehsan bg satu yg korg buat 2 ye..he3..

Anonymous said...

茶道、車道…おもしろい!

Zalina Abdul Razak said...

Nama pun kawamura, mcm kawan2 je kau buat coordinator tu, balik msia bwk sikit teh jepun tu ya...