Salam,
Mintak maaf sebab lambat update blog. Satu sebab maseh dalam tempoh menyesuaikan diri dengan keadaan di Kyoto yang lebih sejuk as compared to Tokyo. Huh, hari pertama dekat Kyoto disambut dengan keadaan hari yang mendung dan berangin.. Mmg sgt sejuk, sampai kena pakai glove.
Sampai2 dekat Kyoto Station terus godek HP carik nombor Matoba San sebab die cakap die akan tunggu kat station. Baru nak amik HP, terus disapa oleh seorang lelaki yang bawak signage Ueda Plating. Kitorang mmg tak nampak pun ada org pegang signage, sebab leka mencarik HP dalam bag. Saudara yang menyapa tadi adalah Nomura San, Admin Manager Ueda Plating Japan(Kalo tak silap)... Turun2 tangga terus nampak Matoba san encik FM kita yang sedang bercuti sakan tahun baru cina...
Sampai-sampai terus la dibawak ke tempat kediaman di Leo Palace21. Apartment sebijik sorang untuk tinggal, tdur & study. Apartment bukan sebarang apartment, walaupun simple dan dr jauh macam chokia, tapi lengkap dengan dapur induction cooker, warddrobe tinggi sampai siling, Cable TV(Macam Astro), Internet kelajuan Tinggi, washing machine, peti ais, smart card key(Swipe je utk masuk dalam rumah), microwave, Intercom camera untuk identify sapa yg ketuk pintu dan ruang yang selesa untuk bersantai...
Ueda Plating Japan telah dengan baik hati nye menyediakan segala kelengkapan rumah seperti sabun cuci pinggan, sabun mandi, syampu, towel,span cuci pinggan, pinggan, pisau, sudu garpu mangkuk, bekas untuk tanak nasik, cutting board, frying pan, tisu, hair dryer dan etc untuk kegunaan sepanjag dekat sini. Agak terkejut jugak dengan kelengkapan yang disediakan. Mmg kitorang sgt2 berterima kasih dengan Ueda Plating Japan sebab dah prepare kediaman yg serba lengkap dan living facilities yang lebih daripada cukup...lega dan gembira..Thanks to Ueda Plating Malaysia.. ehehehe
Oops dalam posting yang lepas, ada ditunjukkan Video Aini drive Mobiro Toyota tu kan. Tu la hasil Lawatan ke Toyota Mega Web Tokyo, Ruang pameran besar Toyota yang banyak display sejarah Toyota dan pelbagai rekabentuk kenderaan Toyota dari dulu sampai sekarang. Aini je yang dapat test Drive Mobiro sebab sapa2 nak naik tu kena amik nombor dan kena undi. Aini antara 5 yang bertuah. Yang lain jadik tukang amik gambar je la..ehehheeh
Hari kedua terakhir di AOTS kitorang buat drama ringkas untuk apply apa yang kitorang dah belajar selama 3 minggu. Presentation tu ramai jugak la yg dtg tgk, Tempstaff(Penganjur program), Publisher Buku teks dan cikgu AOTS sendiri. ehehehe boleh la...
Berdiri dari kiri, Takayanagi san(Tempstaff), Morita San(Tempstaff), Asama San(Tempstaff), Kawamura San(Tempstaff), Shimizu Sensei(AOTS) dan Iha San(Publisher Buku Teks)
Penonton
Dillon Sensei yang tak hadir hari drama sebab die ada kelas dekat tempat lain. Kitorang ada dua org sensei sebenarnye, Dillon sensei dari kompeni buku teks kat bawah ni dan sorang lagi dari AOTS(Shimizu Sensei)
Buku Teks Bahasa Jepun yang kiorang guna.. Best dapat buku free!!Habis Cerita pasal Tokyo... dan beralih pulak ke Journey to Kyoto......eheheheh hari Ahad, 30 Jan 2011..
Gambar bawah ni diambil waktu on the way dr AOTS ke Kita Senju Station dari AOTS. Dari Kita Senju amik LRT(JR Line) ke Tokyo Station. Sekali bertukar train dekat Ueno Station..Bayangkan bawak beg bejalan dan keluar masuk train.....naseb baik sejuk, tak la berpeluh2, kalo panas tak tahu la...anyway, it was an experience....
Aini berjaya memadatkan barang2 dalam begnye,, naseb tak koyak je beg tu... eheheh
Jadual Shinkansen, kitorang naik train Nozomi pukul 1050am(Dekat Board sebelah kiri)Shinkansen



Perjalanan ke Kyoto amik masa dalam 2jam20min, beberapa kali berenti jugak la untuk turunkan dan amik penumpang... Kalo drive keta sampai 7jam..
Tempat duduk mmg luas lebih luas drpd Kapal terbang, seat boleh recline.Dalam perjalanan, banyak lalu kawasan2 yang menarik seperti dalam gambar kat bawah ni... Macam2 pemandangan!!.. Cantik!!
Sawah padi....
Paling menarik, Gunung Fuji!!.. sgt cantik!!...
Tak ingat kawasan ni nama apa, tapi mmg lalu kawasan yg bersalji...tebal pulak
Macam ribut berlaku...tapi cantikkSampai2 terus dibawak ke rumah...seperti apa yang dah dicerita kat atas tadi... ni lah gambar2nya..
Intercom untuk tgk sapa yg ketuk pintu...
Intercom untuk tgk sapa yg ketuk pintu...
Washing Machine.....Hari ni sebenarnya dah masuk hari ketiga masuk Ueda Plating Japan... hari pertama(Isnin) hari tu dekat kilang tak buat kerja lagi sebab mmg hari tu dikhaskan untuk introduction to Life in Kyoto. Setengah hari di kilang, setengah hari lagi dibawak pergi tempat untuk survive di Kyoto.. hahahhaha.. tempat carik makanan la... ehehehehehhe waktu dekat kilang kitorang sempat mengadap Shatchou(Chairman) Ueda san, Jomu(MD Ueda Plating Japan) Murakami san, Kojoucho(Factory Manager) Hirai san...
Training di kilang, Aini masuk QC dept diassign bawah Tani san dan Ehsan bawah Mrs Furutani san(6S Coordinator untuk Ueda Plating Japan). Location pun berbeza, Aini dekat production area and aku dekat admin office.. waktu rehat je jumpa..
Training di kilang, Aini masuk QC dept diassign bawah Tani san dan Ehsan bawah Mrs Furutani san(6S Coordinator untuk Ueda Plating Japan). Location pun berbeza, Aini dekat production area and aku dekat admin office.. waktu rehat je jumpa..
1 Feb semalam ada Morning assembly untuk bulan Feb dan kitorang kena wat Jiko Shokai(Self Introduction) depan semua org. Nervous jugak la sebab nak berdiri dan bercakap depan org asing ni..tapi cool je lah...
2 Feb hari ni pun ada assembly dekat Yamanouchi Factory dan sekali lagi kena wat Jiko Shokai depan org kilang ni pulak... eheheheheh...
Dah 3 hari kat sini mmg dah rasa selesa sedikit sebab semua org macam menerima kami dengan senang hatinya. Boleh kata pekerja kilang ni semuanya mesra2 belaka. Pantang ditegur pasti menyahut...Bila ditanya, akan berusaha menjawab sampai kita ni faham... That is what I like about Japanese,, mmg tak kedekut ilmu dan tanpa prejudis... Layan kite macam die layan org dia jugak... takde la nak double2 standard nihh...
Sorry sebab gambar2 dekat Ueda belum dapat ditunjukkan dulu..sebab kitorang tak amik pun lagi... sekarang ni kena konsentrate task yang perlu dibuat dekat sini.. Banyak benda yang perlu dibelajar dalam masa yg singkat untuk dibawak balik ke Malaysia nanti.. seperti yg semua dah harapkan.. Insyaallah akan berusaha untuk belajar sebanyak yg mungkin..Ganbatteimasuyo!!!...
Malam tadi (1 Feb) dinner dengan Matoba FM, and we had so much fun last night,, macam anak yang lama tak jumpa bapaknyer... hahahahah...
Lepas makan pergi lepas gian kat karaoke...heheheheThanks to Matoba san!!.. Gochisosamadeshita ne!!!...
Thanks for reading... enjoy all the pictures....Tata

















2 comments:
Mana gambr di luar rumah Ehshan x de pun, muat ruang sebaik baiknya kt ctu yer.... nanti jgn lupa gmbr uniform Ueda yang mcm clown tu skali!!
argghhhh..uniform esan cun tp saye pnye yg cm clown huhuhuhu :(
Post a Comment